Ads

Dialog Rasullullah S.A.W. dan Iblis.


-DIALOG RASULULLAH DAN IBLIS-

Suatu ketika Allah SWT memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis agar menghadap Baginda Rasul saw untuk memberitahu segala rahasianya, baik yang disuka maupun yang dibencinya. Hal ini dimaksudkan untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai umat manusia.

Kemudian Malaikat itupun mendatangi Iblis dan berkata : “Hai Iblis! Engkau diperintah Allah untuk menghadap Rasulullah saw. Bukalah semua rahasiamu dan jawablah setiap pertanyaan Rasulullah dengan jujur. Jika engkau berdusta walau satu perkataanpun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat pedih”.

Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan, maka segera ia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai orang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam sampai 3 (tiga) kali salam, Rasulullah saw tidak juga menjawabnya, maka Iblis berkata : “Ya Rasullullah! Mengapa engkau tidak menjawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah : “Hai musuh Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Jangan kau coba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam as sehingga beliau keluar dari syurga, kau hasut Qabil sehingga ia tega membunuh Habil yang masih saudaranya sendiri, ketika sedang sujud dalam sembahyang kau tiup Nabi Ayub as dengan asap beracun sehingga beliau sengsara untuk beberapa lama, kisah Nabi Daud as dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya karena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wa jalla, tapi aku diharamkan Allah menjawab salammu. Aku mengenalmu dengan baik wahai Iblis, Raja segala Iblis. Apa tujuanmu menemuiku?”.

Doa Khusus Elak Rogol & Cabul : Amalkanlah

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.


Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM 

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)



Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ


DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )


Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.


Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.


Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri. 


Fikirkanlah.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

12 Ramadhan 1428 H

24 September 2008



P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.

[Video] Asmaul Husna - Sharifah Khasif


Khasiat Al Asmaul Husna
1. “ya Alllah!” apabila dizikirkan 500x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat taahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar dalam mencapai segala yang yang dihajati.

2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang, dan sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. “Ya Rahim!” apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, insyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yg besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta saying terhadap kita.

4. “Ya Malik!” apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari, segala pekerjaan yg dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yg diredhai Alllah.

5. “Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki dll.

6. “Ya Salam!” apabila dizikirkan sebanyak 136x, inayaAllah jasmani dan rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi sihat, segar, dan sejahtera.

7. “Ya Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236x insyaAllah diri kita,keluarga dan kekayaan yg dimiliki akan terplihara & aman dari segala macam gangguan yg merosakkan.

8. “Ya Muhaimin!” apabila dizirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak, insyaAllah fikiran & hati kita akan menjadi terang dan bersih.

9. “Ya Aziz!” apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh, insyaAllah kita akan menjadi orang yg mulia, disegani dgn org kerana penuh kewibawaan.

10. “Ya Jabbar!” apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang,semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

1. “Ya Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662x, maka dgn kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.


2. “Ya Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau 731x, insyaAllah yg ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amaln ini akan menjadikan otak kita cerdas dan cepat tangkap(faham).

3. “Ya Baarii!” sekiranya kita berada dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, insyaAllah kita akn terlepas dari keesukaran dan sembuh dari penyakit tersebut.

4. “Ya Musawwir!” sekiranya seorang isteri yg sudah lama tidak mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dgn berpuasa selama 7 hari dari hari ahad hingga hari sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air dan dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21x, kemudian diminum air tesebut utk berbuka puasa. Bagi seorang suami, hendaklah berbuat perkara yg sama tetapi hanya dgn berpuasa selama 3 hari, kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalaah zikir ini sebanyak 10x, insyaAllah alan dikurniakan anak yg soleh.

5. “Ya Ghaffar!” sambil beri’tikaf, bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, insyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

1. “Ya Qahhaar!” dizikir mengikut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan, dan kemewahan dunia & insyaAllah org-org yg selalu memusuhi kita akan sedar dan tunduk akhirnya.


2. “Ya Wahhaab!” dizikirkan sebanyak 100x slepas solat fardhu, barang siapa yg selau berada dalam kesempitan, insyaAllah segala kesulitan atau atau kesempitan dalam soal apapun akan hilang.

3. “Ya Razzaq!” dizikirkan mengikut kemampuan setalah solat fardhu khususnya selepas solat subuh, insyaAllah akan dipermudahkan rezeki yg halal dan membawa berkat.

4. “Ya Fattah!” dizirkan sebanyak 71x sesudah selesai solat Subuh, insyaAllaah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

5. “Ya ‘Aalim!” dizikirkan sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, insyaAllah akan mendapat kemakfiratan yg sempurna.

6. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, maka dirinya akann semakin dekat dgn Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

7. “Ya Baasithu!” bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha dan berniaga itu dgn memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, insyaAllah rezeki akan menjadi murah.
8. “Ya Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci , khusyuk dan tawaduk, insyaAlah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila empunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

9. “Ya Raafi!” dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70x, insyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat lain akan selamat & terhindar dati kecurian.

10. “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, insyaAllah akan memperoleh kewibawaan yg besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

11. “Ya Muziil!” perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada org berhutang kpd kita & sukar utk memintanya, insyaAllah sipenghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

12. “Ya Samii!” sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat dhuha, insyaAllah doa akann mustajab.

13. “Ya Bashiir!” dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat jumaat, insyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak dan selalu diberikan taufik dan hidayah dari Allah.

1. “Ya Hakam!” dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci, insyaAllah dpt membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmi-ilmu agama.


2. “Ya Adllu!”dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, insyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

3. “Ya Lathiif!” dengan memperbanyakkan zikir ini, mengikut kemampuan, insyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya akann menjadi laris & maju.

4. “ya Khabiir!” dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yg teramat banyak sekali sesuai dgn maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dgn teman atau anak yg telah terpisah sekian lama.

5. “Ya Haliim!” dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yg mempunai kedudukan dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, insyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

6. “Ya ‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12x setiap hari utk org yg sekian lama menderita sakit, insyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan, lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan dan sebagainya.

7. “Ya Ghafuur!” bagi org yg bertaubat, hendaklahh memperbanyakkan zikir ini dgn mengakui dosa-dosa & beriktiad utk tidak mengulanginya, insyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

8. “Ya Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai prngucapan terima kasih kpd Allah, insyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan oleh Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yg penting & terdesak.

9. “Ya Aliy!” untuk mencerdaskan otak anak kita yg bebal, tulislah zikir ini sebabyak 110x (**dalam bahasa arab bukan bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yg dingin & diberikan sianak meminumnya, insyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang dan tidak dungu lagi. insyaAllah mujarab.

10. “Ya Kabiir!” bagi seseorang yg kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara satu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kpd Allah. Lakukanlah sesudah solat malam(tahajjud atau hajat).

11. “Ya Hafiiz!” dizikir sebanyak 99x insyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabilakita berada di dalam hutan.

12. “Ya Muqiit!” sekiranya kita berada dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar utk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini, insyaAllah badan kita akan menjadi kuat & sedar kerana rasa lapar akan hilang.

13. “Ya Hasiib!” utk memperteguhkan jawatan yg sudah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit dan selepas solat maghrib, insyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

14. “Ya Jaliil!” barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yg terakhir, insyaAllah kita akan mendapati perubahan yg mengkagumkan – perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukn kita akan lebih tinggi dan terhormat & seterusnya dgn izin Allah.

15. “Ya Kariim!” untuk mencapai darjat yg tinggi dan mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yg mengamalkan zikir ini.

16. “Ya Raqiib!” bagi meminta pertolongan kpd Allah terhadap penjagaan barang yg dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50x setiap hari dgn niat agar barang-barang yg dikhuatirkan yg berada di tempat yg jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakal dan yakinnlah kpd Allah. insyaAllah.

17. “Ya Mujiib!” sesungguhnya Allah adalah zat yg menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab dan diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55x selepas solat subuh, insyaAllah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

1. “Ya Waasi!” apabila di dalamkesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128x setiap pagi dan petang. insyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, insyaAllah Tuahn akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.


2. “Ya Hakiim!” bagi pelajar atau sesiapa sahaja yg memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaAlllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar dalammenghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

3. “Ya Waduud!” amalkan zikir ini seanyak 11,000x pada setiap malam, insyaAllah kita akan menjadi insan yg sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada dalam keadaan harmoni.

4. “Ya Majiid!” utk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, makaamalkan zikir ini sebanyak 99x sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. insyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & danmenghormati kita sebagai ketua keluarga.

5. “Ya Baa’its!” zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan di dada, insyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

6. “Ya Syahiid!” apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yg suka membangkang dan sebagainya, maka dizikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

7. “Ya Haq!” perbanyakkan zikir ini, insyaAllah ianya sangat berfaedah sekali utk menebalkan iman & taat dalam menjalankan perintah Allah.

8. “Ya Wakiil!” sekiranya terjadi hujan yg diserati ribut yg kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, insyaAllah bencana tersebut akan kembali reda & kembali seperti sediakala.

9. “Ya Qawiy!” amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gebtar apabila berdepan dgn sebarang keadaan mahupun berdepan dgn si zalim.

10. “Ya Matiin!” amalkan zikir sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali,antaranya utk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar utk mengganggu.

11. “Ya Waliy!” barangsiapa yg menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dgn izinNya, kedudukan kita akan kukuh, dan terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yg bersifat dengki.

12. “Ya Hamiid!” perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yg paling berhak menerima segala pujian.

13. “Ya Muhsyil!” sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan di dalam golongan yg selalu dekat dgn Allah(muraqabah), maka amalkan sebanyak mungkin zikir ini sesudah solat 5 waktu.

14. “Ya Mubdiu!” agar segala apa yg kta rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari. insyaAllah….

15. “Ya Mu’id!” andai ada anggota keluarga yg menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. insyaAllah dipertunjukkan hasilnya.

16. “Ya Muhyiy!” amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap hari, insyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

17. “Ya Mumiit!” barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, insyaAllah akan dipernudahkan dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

18. “Ya Hayyu!” untuk mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

19. “Ya Qayyuum!” telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yg ingin memperoleh harta yg banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yg terhormat, maka berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1000x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, insyaAllah akan tercapai segala hajat.

20. “Ya waajid!” andai berkeinginan berkeperibadian yg kukuh, tidak terpengaruh dan teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

21. “Ya Majiid!” demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati utk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

22. “Ya Waahid!” bagi pasangan yg belum mempunyai cahaya mata & tersangat ingin utk menimangnya, amalkan zikir ini sebanyak 190x setiap kali menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan dan selama itu juga henfaklah berpuasa sunat isnin & khamis, insyaAllah…

23. “Ya Somad!” ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kpd Allah dgn zikir ini sebanyak mungkin, insyaAllah diri kita akan berasa segar & sentiasa.

24. “Ya Qaadir!” apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari, insyaAllah segala hajat akan berhasil.

25. “Ya Muqtadir!” agar tercapai tujuan yg dikehendaki, selain dari ikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dgn zikir ini beberapa mampu sehingga ikhtiar kita berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

1. “Ya Muqaddim!” menurut amam Ahmad bin Ali Al-Buuniy beliau berkata “barangsiapa yg berzikir dgn zikir ini sebanyak 184x setiap hari, insyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil.

2. “Ya Muahkhir!” bagi meninggikan lagi ketaatan kita kpd Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

3. “Ya Awwal!” barangsiapa yg mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari, insyaAllah segala apa yg dihajati akan diperkenankan Allah.

4. “Ya Aakhir!” amalkann berzikir sebanyak 200x ssudah solat 5 waktu selama satu bulan, insyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yg halal.

5. “Ya Dhaahir!” amalkan zikir ini sebanyak 1106x selesai solat waktu ditempat yg sunyi(khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yg pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

6. “Ya Baathinu!” seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30x sesudah solat fardhu.

7. “Ya Waaliy!” memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boeh menyebabkan sesorang itu menjadi orang yg ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.

8. “Ya Muta’aAliy!” sekiranya kita akan berjumpa dgn mereka yg berkedudukan yg tinggi atau mereka yg sukar utk dipenuhi, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. insyaAllah dgn mudah kita akan berjumpa dgnnya & segala hajat yg penting-penting akanberhasil.

9. “Ya Bar!” amalkan zikir ini sebanyak mungkin setip hari, insyaAllah segala apa yg kita hajati akan terlaksana dgn mudah.

10. “Ya Tawwaab!” bagi orang yg selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dgn mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yg lurus.

11. “Ya Muntaqim!” jika kita berhadapan dgn orang yg zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. insyaAllah kita akan mendapat pertolongan Allah.

12. “Ya ‘Afuww!” barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

13. “Ya Rauuf!” bagi sesiapa yg inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yg memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu, samada pada waktu siang mahupun malam.

14. “Ya Maalikul Mulki!” seseorang pengarah atau ketua yg ingin keduduka yg kekal dan tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu diamalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat fardhu dan 212 pada setiap malam selama sebulan. insyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

15. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!” amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari selama sebulan, insyaAllah segala hajat kita akan tercapai dgn pertolongan Allah.

16. “Ya Muqsith!” berzikirlah dgn zikir ini mengikut kemampuan, insyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yg mengamalkannya.

17. “Ya Jaami’!” sekiranya ada di kalangan keluarga kita atau isteri kita yg lari dari rumah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dgn niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yg lari itu akan pulang dalam jangka waktu yg singkat.

18. “Ya Ghaniy!” amalkan zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insyaAllah apa yg kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yg kita perolehi itu akan mendapat berkat.

19. “Ya Mughniy!” mintalah kekayaan yg bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

20. “Ya Maani!” andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, insyaAlllah kita akan terhindar dari orang-orang yg zalim & suka membuat angkara.

21. “Ya Dhaarr!” asma ini sangat berguna dalam ikhtiar utk meyembuhkan sesuatu penyakit yg mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit ini akan sembuh.

22. “Ya Naafi!” menurut imam Ahmad al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yg susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

23. “Ya Nuur!” menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Syawi, baranfsiapa yg menghendaki kemulian yg agung & memperolehi apa yg dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi dan petang.

24. “Ya Haadiy!” baigi sesiapa yg dalam perjalanan ke sesuatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insyaAllah akakn diberikan pertolongan Allah akakn cepat lepas dari kesesatan tersebut.

25. “Ya Baadii!” andai kita mempunyai rancangan yg sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. insyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya dan berjalan lancar.

26. “Ya Baaqy!” amalkan zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, insyaAllah dengan ikkhtiar ini semua pekerjaan yg telah menjadi punca rezeki kita tidak mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dgn berkat zikir ini.

27. “Ya Waarits!” sekiranya kita berzikir sebanyak 500x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707x. insyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasildengan baik & memberangsangkan.

28. “Ya Rasyiid!” walaupun kita tergolong dalam golongan yg cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah ceedas.

29. “Ya Shabuur!” agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maaka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kpd Allah usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

Bulan Sya'ban Keutamaan Dan Amalan-Amalannya


S Y A ' B A N Keutamaan Dan Amalan-Amalannya

Keutamaan Bulan Sya'ban

Bulan Sya'ban adalah bulan mulia dan dinisbahkan kepada Rasulullah saw. Di bulan ini, beliau saw senantiasa berpuasa dan menyambung puasa bulan ini dengan (puasa) bulan Ramadhan. Beliau sering bersabda, "Sya'ban adalah bulanku. Barangsiapa berpuasa satu hari pada bulanku, niscaya surga ditetapkan baginya."

Diriwayatkan, Imam Ja'far al-Shadiq berkata:
Jika telah tiba bulan Sya'ban, Imam al-Sajjad mengumpulkan para sahabatnya dan berkata, "Wahai sahabat-sahabatku, tahukah kalian bulan apa ini? Inilah bulan Sya'ban. Nabi (Muhammad) saw sering bersabda, 'Sya'ban adalah bulanku. Maka, berpuasalah kalian pada bulan ini sebagai tanda cinta kepada nabi kalian dan demi mendekatkan diri kepada Tuhan kalian.' Saya bersumpah atas nama Tuhan yang di tangan-Nya jiwa saya berada, saya benar-benar mendengar ayah saya, al-Husain berkata: Saya mendengar Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib berkata, 'Barangsiapa berpuasa di bulan Sya'ban sebagai tanda cinta kepada Rasulullah saw dan demi mendekatkan diri kepada Allah, niscaya Allah mencintai dan mendekatkannya kepada kemuliaan-Nya pada hari kiamat kelak serta menetapkan surga baginya.'"

Shafwan bin Jamal meriwayatkan:
Imam Ja'far al-Shadiq berkata kepada saya, "Sarankanlah kepada orang-orang di sekitarmu untuk berpuasa di bulan Sya'ban!"
Saya mengatakan, "Semoga saya dijadikan sebagai pembela Anda, apakah Anda melihat sesuatu di dalamnya?"

Beliau berkata, "Benar. Sesungguhnya pabila Rasulullah saw melihat hilal bulan Sya'ban, beliau menyuruh seseorang untuk berseru di Madinah, 'Wahai penduduk Yatsrib (Madinah)! Sesungguhnya saya utusan Rasulullah saw bagi kalian. Beliau bersabda: Ketahuilah, Sya'ban adalah bulanku. Allah melimpahkan rahmat kepada orang yang membantuku di bulanku."
Kemudian Imam Ja'far al-Shadiq menambahkan, "Sesungguhnya Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib berkata, 'Puasa bulan Sya'ban tidak pernah luput dariku semenjak saya mendengar utusan Rasulullah saw berseru pada bulan Sya'ban, dan insya Allah, puasa bulan Sya'ban tidak akan pernah luput dariku sepanjang hidupku'."
Imam Ja'far al-Sahdiq sering berkata, "Puasa dua bulan berturut-turut merupakan taubat dari Allah."

Doa agar anak dan isteri jadi orang yang soleh


Bukankah isteri dan anak2 itu menjadi 'tulang belakang' terhadap apa yg diusahakan seorang suami/ayah?
.
Perkongsian agar kita fahami maksud doa itu dan mengamalkan selalu. InsyaAllah.

30 orang pertama dalam Islam.


30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah kalau tak SHARE sebab hanya 1 peluang dakwah yang MUDAH. . . Jom share !!! Sebarkan...

Wallahualam

Jadual kehidupan harian yang disusun Ustaz Ismail Kamus


JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YANG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS

1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg)-mandi dan ambil wuduk
2. solat sunat wuduk.
3. solat sunat taubat.
4. solat sunat tahajjud (8 rakaat).
5. solat sunat hajat ( minta Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta).
6. solat sunat witir 3 rakaat.
7. istighfr 100x
8. tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. kali 40
10. tasbih 40x
11. solat sunat fajar.
12. solat subuh.
13. baca yaassin lepas subuh.
14. solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
16. Solat Asar-solat sunat sebelum
17. Solat maghrib-solat sunat selepas
18. Solat Isya'-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :- al-quran- surah Al-mulk- surah sajjadah- surah al-waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

Ustaz Ismail Kamus.

Ya Allah Ya Tuhanku...kurniakanlah juga kepada hambamu ini kenikmatan beribadat sebagaimana Engkau kurniakan kepada orang2 yang Engkau cintai.....

Rahsia kalimah Bismillah


Rahsia Kalimah Bismillah

1) Dibacakan Bismillah pada telinga orang yang pengsan sebanyak 41 kali, Insya’allah akan sedar dan kembali siuman.

2) Supaya cepat hajatnya dikabulkan Allah, bacalah Bismillah dengan menghadap kiblat sehingga matahari terbenam selepas solat asar dalam keadaan bersih, suci dari hadas dan najis. Kemudian, mohonlah pada Allah hajatnya.
Insya’allah segera dikabulkan Allah dengan kemurahan sifat Rahman dan Rahim-Nya.

3) Agar sentiasa dilapangkan dan mudah urusan rezkinya serta disegani dimuliakan oleh makhluk, perbanyakkan membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalalahnya dan membaca doa: “Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatmu dan kurniamu serta rezkimu. Curahkanlah keatasku perasaan redha kepadamu dan bertakwa kepadamu.Mudahkanlah bagiku untuk memperoleh rezkimu dan sekalian makhlukmu, sesungguhnya engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu”.

4) Mengamalkan membaca Bismillah ketika hendak tidur sebanyak 21 kali nescaya aman dan bebas dari syaitan, kecurian, maut mengejut dan bala bencana.

5) Membaca Bismillah ketika hendak menyetubuhi isterinya, kelak anaknya menjadi orang yang cerdas dan terbuka hati sehingga menjadi anak yang soleh.

6) Membaca Bismillah pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kiblat sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 100 kali, Allah menganugerahkan rezki padanya tanpa diduga sama sekali.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah S.W.T”.

Dalam riwayat yang lain Nabi Muhammad S.A.W bersabda: ‘Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan’.

Oleh yang demikian marilah kita berlumba-lumba mengejar rahmat Allah yang luas dengan memperbanyakkan bacaan Bismillah dalam setiap amalan kehidupan harian kita. Wallahualam.

Waspada dengan gelaran, pangkat, jawatan


Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah, atau popular disebut Imam Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan mengenakan sepatu kayu.

"Sang imam berkata, "Hati-hati nak dengan sepatu kayumu itu! Jangan sampai kau tergelincir."

Anak kecil ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

"Bolehkah saya tahu namamu, tuan?", tanya si anak kecil.

"Nu'man namaku.", jawab sang imam.

"Jadi, tuan lah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A'dhom (Imam Agung) itu..?", tanya si anak kecil.

"Bukan aku yang memberi gelaran itu, masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku."

"Wahai Imam, hati-hati dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran."

"Sepatu kayuku ini mungkin hanya menggelincirkan aku di dunia. Tapi gelaran mu itu dapat menjerumuskan mu ke dalam api yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertainya."

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itu pun tersungkur menangis. Imam Abu Hanifah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan datang dari lidah seorang anak kecil.

Betapa banyak manusia tertipu kerana pangkat, jawatan, jabatan, tertipu kerana kedudukan dan tertipu kerana kemaqamannya. Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk keangkuhan.

Ya Karim!

Semoga kita menjadi seseorang yang lebih bertanggung jawab lagi.

اِ نْشَآ ءَ اللّهُ 
آمِين آمِين آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Kelebihan solat awal waktu


LEPAS NI TAKNAK SOLAT LAMBAT LAGI!

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh 
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur 
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar 
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib 
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak 
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Zikir lepas solat, hapus dosa.



=============
AMALAN YANG BAIK
=============

" Barangsiapa yang membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 33 kali dan kemudian ia menggenapkannya 100 dengan membaca 'Laa ilaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa Huwa ala kulli syai'in qadiir' setiap kali selesai solat, maka segala kesalahannya akan di ampuni meskipun seperti banyaknya buih di lautan." - HR Muslim

Jom berzikir dan moga-moga Allah ampunkan dosa kita semua. Amin.

Amalan perubatan Islam - Bismillah 5


Perkongsian Amalan Bismillah 5 

1.Letakkan tangan di tempat yang sakit.

2.Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.

3.Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.

4.Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.

5.Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

6.Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.

7.Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.

8.Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Lupa bilangan rakaat dalam solat ?

LUPA RAKAAT SOLAT ?



Pernah berlaku di antara kita "TERLUPA BILANGAN RAKAAT" terutamanya ketika solat 4 rakaat, Nabi SAW telah mengajar kita bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut di dalam hadis bagainda daripada Abdurrahman bin 'Auf.[1]

1) Jika dia tidak memiliki keyakinan sama ada dia berada di dalam rakaat ke 3 atau 4 (dalam solat Zohor, Asar, Isyak) rakaat ke 2 atau 3 (dalam solat Magrib) rakaat pertama atau ke 2 (dalam solat Subuh) maka perlulah dia memilih rakaat yang paling sedikit (memilih rakaaat yang berwarna merah).

2) Sesudah dia memilih rakaat yang sedikit, maka perlulah dia meneruskan solatnya seperti biasa sehingga tasyahhud akhir.

3. Apabila susah selesai melakukan tasyahhud akhir maka perlulah dia melakukan sujud sahwi (sujud sebanyak 2 kali) sebelum memberi salam. Sesudah melakukan sujud sahwi barulah boleh dia memberikan salam seperti biasa.

4) Tiada bacaan khusus di dalam sujud sahwi. Dia atau membaca tasbis, atau membaca seperti sujud biasa [subha narabial 'al la wabihamdih] adalah sudah memadai.


Doa penyembuh dari penyakit.

Doa ini baik kita simpan baik-baik dan hafalkan.

Mana la tahu, yang sihat bila tiba waktunya, akan sakit pula.


[Video] Ada Apa Dengan Hudud - Ustaz Abdullah Khairi

Ada Apa Dengan Hudud - Ustaz Abdullah Khairi

Sumber : Zon Kuliah


[Video] Doa supaya dimurahkan rezeki

Doa ini diajar oleh Dato Dr Ismail Kamus.

Lihat video ;



Doa yang diajarkan ini ialah supaya dimurahkan rezeki.
Nasihat Tuan Guru Dato Dr Ismail Kamus. Doa yang diajarkan ini ialah supaya dimurahkan rezeki.More : Sukan Star TVBy : Sukan Star .com @ sukanstar.com
Posted by Sukan Star TV on Friday, February 13, 2015

[Video] Ayat penyembuh penyakit kulit

Ayat penyembuh penyakit kulit.

Surah Al-Anbiya' ayat 83.



Ayat Penyembuh Sakit Kulit - Ustaz Sharhan Shafie
Ayat Penyembuh Sakit Kulit - Ustaz Sharhan Shafie.Like → Habbatus Sauda Pemakanan Sunnah
Posted by Ustaz Sharhan Shafie on Tuesday, April 14, 2015

[Video] Bacaan Al-Fatihah dengan betul.

Solat Tak Sah
========
Membaca surah Al-fatihah merupakan rukun solat.

Tatapi sedarkah kita ramai yang membaca dan melakukan kesilapan dalam membacanya?

Kesilapan ini membawa kepada tidak sah pada solat.

Apabila Solat itu tidak sah,maka runtuhlah tiang agama kita.

Faham & Sebarkan.




Solat Tak Sah========Membaca surah Al-fatihah merupakan rukun solat.Tatapi sedarkah kita ramai yang membaca dan melakukan kesilapan dalam membacanya?Kesilapan ini membawa kepada tidak sah pada solat.Apabila Solat itu tidak sah,maka runtuhlah tiang agama kita.Faham & Sebarkan.
Posted by Ustaz Azhar Idrus on Tuesday, July 22, 2014

KENAPA TIDAK BOLEH TIDUR SELEPAS SUBUH ?


KENAPA TIDAK BOLEH TIDUR SELEPAS SUBUH ?

Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.

Sedikit perkongsian.

Sebelum ni, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh. Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat.

Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati hati.Ape yg terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yg baik.
Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ni.

Post ads